Corak pemerintahan demokrasi
Corak pemerintahan demokrasi ialah sistem raja
berperlembagaan dan sistem republik.
Sistem Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan yang mengekalkan raja
sebagai pemerintahan tertinggi negara dan negeri. Pemerintahan dibantu oleh Perdana
Menteri.
Sistem Republik pula menolak institusi raja. Kerajaan ini diketuai
oleh presiden. Presiden
dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Di negara Perancis, Korea Selatan,
India dan Filipina presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan
dan ketua negara.
Maksud Demokrasi
Berparlimen
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan
diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu pula menjadi lambang
taat setia rakyat. Melalui sistem ini rakyat berpeluang membentuk kerajaan.
Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Dalam pilihan raya,
rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaan yang sedia ada
dalam proses pengundian semasa pilihan raya.
Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. Selaras dengan peredaran
masa, beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem
pentadbiran dengan perkembangan politik semasa. Sistem demokrasi
berparlimen di negara kita berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera,
dan stabil.
Latar belakang sistem
Demokrasi Berparlimen
Selepas
pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah
diperkemaskan. Sistem pemerintahan dan pentadbiran selepas merdeka adalah
berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Negara demokrasi lahir
daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi iaitu sistem Raja
Berperlembagaan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan
negeri. Pemerintahan dibantu oleh Perdana Menteri.
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun
1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
Rakyat
berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan
raya. Rakyat berhak menyokong dan mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia
ada melalui pilihan raya.
Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen di Malaysia. Pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem
pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.Sistem demokrasi Berjaya
mengekalkan kerajaan yang adil,sejahtera dan stabil.
Ciri-ciri pemerintahan Demokrasi Berparlimen
a.Perlembagaan
Perlembagaan
merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan negara
kita. Perlembagaan adalah dokumen rasmi yang mengandungi segala
peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan
kuasanya dan mentadbir negara.
Perlembagaan
merupakan jaminan kerajaan menunaikan tanggungjawab melalui peruntukan yang
terkandung di dalamnya.Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September
1963.
.
Perlembagaan negara kita mengandungi 183 perkara. Dalam perlembagaan
negara kita mengandungi peruntukan Senarai Kerajaan Persekutuan,Kerajaan
Negeri,Senarai Bersama, institusi Yang DiPertuan Agong, Parlimen, Jemaah
Menteri dan Badan Kehakiman. Perlembagaan Malaysia membuat pembahagian kuasa
antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kerana Malaysia merupakan
sebuah negara persekutuan. Negeri-negeri yang bergabung dengan Persekutuan
Malaysia diberikan hak,kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam
perlembagaan negeri.
b. Raja Berperlembagaan /Kuasa Yang Dipertuan Agong
Raja berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan
dalam perlembagaan Malaysia. Yang Dipertuan Agong bertindak berdasarkan
Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri. Baginda tidak boleh bertindak
bersendirian kecuali dalam perkara tertentu atas budi bicara Baginda.
Yang DiPertuan
Agong dipilih daripada kalangan sembilan Raja-Raja Melayu secara bergilir-gilir
dalam tempoh 5 tahun sekali. Pemilihan Yang Dipertuan Agong dibuat mengikut
peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.Baginda merupakan tonggak kerajaan
Malaysia ,ketua utama negara dan merupakan ketua tertinggi angkatan bersenjata.
Baginda juga berkuasa mengampunkan atau menangguhkan sesuatu hukuman terhadap
kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
Yang Dipertuan
Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah
dan Badan Kehakiman.Baginda juga merupakan satu daripada tiga unsur
parlimen.Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan parlimen.
Baginda
bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang
Melayu. Selain itu, baginda juga merupakan Ketua Agama Islam bagi
negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan
Sabah.
Yang Dipertuan
Agong (YDPA) mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.
Baginda juga boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘
Undang-Undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam. Di samping
itu, baginda berkuasa melantik Pengerusi dan 3 orang Ahli Suruhanjaya Pilihan
raya, Ahli Perkhidmatan Kehakiman, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
c. Badan-badan Pemerintah/Kuasa Pemerintahan
Malaysia merupakan salah sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan
konsep pengasingan kuasa.Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang
iaitu Badan Perundangan,Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan
harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
i)Badan Perundangan
Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan
yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Manakala parlimen ialah badan
perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang- undang di negara kita.
Parlimen juga merupakan ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen. Parlimen
adalah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di
negara kita. Ini merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan
Perundangan. Parlimen berperanan menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan
dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badan perundangan yang
terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin
keadilan dan kesejahteraan rakyat. Dewan Negara atau Senat merupakan
dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.
Dewan Negara mengandungi
69 orang ahli iaitu 26 orang ahli dipilih daripada 13 buah negeri, dua
orang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong bagi mewakili Wilayah Kuala Lumpur.
Seorang dipilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan Labuan,manakala 40 lagi
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang
cemerlang dan berjasa kepada negara. Ahli Dewan Negara yang digelar senator ini
mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pilihan raya.Seseorang
Senator memegang jawatan selama tiga tahun.Senator mestilah berumur
sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen dan mereka
boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
Dewan Rakyat merupakan
dewan terpenting yang mengandungi 219 ahli . Pada tahun 2013, berlaku
pertambahan ahli kepada 222 ahli ). Mereka mewakili setiap kawasan pilihan raya
seluruh Malaysia atau kawasan parlimen. Ahli dilantik melalui pilihan
raya dan memegang jawatan dalam tempoh lima tahun. Tugas dewan ini adalah
menggubal dan meluluskan undang-undang. Undang-undang yang digubal
dinamakan Akta. Bagi undang-undang yang diluluskan Dewan Undangan Negeri
disebut Enakmen manakala di Sabah dan Sarawak dikenali Ordinan.
ii) Badan Pelaksana
Kabinet atau Jemaah Menteri merupakan
badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi
negara.Tugas Jemaah Menteri adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua
perkara.Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.
Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa
kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar
kerajaan,merancang dan menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial di
negara kita. Pada masa ini, terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab
dalam semua perkara. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan
dibantu oleh Timbalan Menteri ,Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
Seseorang menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu
dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Menteri Tak Berportfolio akan
diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
Perkhidmatan Awam Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha
Negara yang bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan
kerajaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua
Setiausaha Kementerian. Ketua Setiausaha dibantu oleh kakitangan kerajaan yang
dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam
bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan Kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali sebagai Ketua
Pengarah.Sesebuah kementerian pada kebiasaannya mempunyai jabatan pada peringkat
pusat,negeri dan daerah.
Badan Berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi
tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir
oleh sesebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang
berkenaan.Contoh, Badan Berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(MIDA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), dan Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (FRIM).
Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan
menguruskan kenaikan pangkat dan memantau disiplin dalam kalangan kakitangan
awam. Contoh-contoh Suruhanjaya ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang dan
Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
iii. Badan Kehakiman
Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara sivil
dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman (biasanya memerlukan
afidavit) manakala perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Peranan
badan kehakiman adalah menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat
oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana, mentafsir Perlembagaan
Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem mahkamah diwujudkan oleh
perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman.
Tugas-tugas mahkamah adalah mentafsir perlembagaan negara dan mentafsir
undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri dan mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan yang tidak sah di
sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara
ini merupakan kuasa Badan Perundangan atau Parlimen.
Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem
ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan
mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua hakim
dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan
pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah
kuasa Yang Dipertuan Agong.
Seseorang hakim dilantik Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
Urusan pelantikan , kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah
kuasa Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat
sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan
mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada
pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang. Peguam
negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan. Peguam negara juga akan
menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu
oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.
d. Pilihan raya
Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Pilihan raya merupakan
proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri
atau persekutuan.Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur
yang telus dan teratur.Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
Manakala calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang melalui sistem
majoriti mudah.
Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen. Suruhanjaya
pilihan raya adalah badan bebas tanpa tekanan dari pihak pemerintah /
pembangkang. Keanggotaan SPR dilantik oleh Yang di Pertuan Agong. SPR bertindak
menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran dan
mengendalikan pilihan raya. Pilihan raya umum diadakan 5 tahun sekali. Di
samping itu, pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan
ahli Dewan Undangan negeri serentak di seluruh negara.
Pilihan raya umum di Sabah dan Sarawak diadakan secara berasingan. Pilihan raya
kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan parlimen
atau Dewan Undangan Negeri disebabkan kematian, peletakan jawatan dan pelucutan
jawatan. Selepas kekosongan itu, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh
60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. Calon
daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen
adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja. Pembubaran Parlimen akan dilakukan oleh
Yang di Pertuan Agong.
Proses pilihan raya bermula dengan
penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Selepas itu penamaan calon-calon yang bertanding akan dilaksanakan. Kemudian
penyediaan manifesto oleh parti-parti yang bertanding. Selepas selesai
penyediaan manifesto, pelancaran kempen pilihan raya dilakukan. Kemudian
pengumuman tempat pengundian dan tempat pengiraan undi dilakukan oleh SPR.
Semasa hari mengundi pengundi akan diberikan kertas undi yang mengandungi
lambang parti calon yang bakal dipilih di tempat mengundi. Pengundi akan
memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan ke dalam peti
undi. SPR akan membuat pengiraan undi calon yang bertanding dan pengumuman
keputusan pilihan raya dibuat oleh Pegawai Pilihan Raya.
Calon pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun,
bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak
memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sebarang
kesalahan.
Pengundi hanya boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar
Pemilih. Mengikut perkara 119 perlembagaan Malaysia, pengundi hendaklah
warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal
di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan
negeri. Seorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan
raya sahaja.
Anggota SPR akan menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang
setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir
urus setia. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus setia
SPR wajib mengikuti garis panduan dan dasar SPR. Pemerhati luar terdiri
daripada negara –negara luar yang mengamalkan sistem demokarasi seperti negara
Pakistan dan negara India.
Kepentingan
1. Kepentingan Perlembagaan
Kepentingan perlembagaan adalah menentukan
rangka dan bentuk kerajaan.Perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara.
Perlembagaan juga membantu menjamin kecekapan, kejujuran, ketelusan serta
kelicinan pentadbiran sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan
semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi
rakyat.
Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia yang tidak berbelah bagi kepada
negara supaya semangat patriotisme dapat dibentuk.Perkara 24, Perlembagaan
Malaysia menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan
dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang
warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada
negara ini. Perkara ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan
kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.
Perlembagaan Malaysia turut menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat negara
ini.Perlembagaan membolehkan rakyat mengetahui hak kebebasan rakyat di negara
ini.
Perlembagaan juga menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan orang
Melayu. Perkara 153 dalam perlembagaan memperuntukkan bahawa Yang Dipertuan
Agong berperanan menjaga dan memelihara hak istimewa orang Melayu,bumiputera
Sarawak dan Sabah.Hak istimewa ini termasuklah pemberian jawatan dalam perkhidmatan
awam,biasiswa,kemudahan pendidikan dan pemberian lesen perniagaan dan
perdagangan.Perlembagaan memastikan perkara 153 dilaksanakan dengan
berhati-hati juga supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang
lain.
Perlembagaan juga menjamin kerjasama,kesepakatan dan kepentingan bersama antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan negeri.Ia menjadi rujukan utama dalam
penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri untuk membolehkan sistem
pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Pembahagian
ini turut menjelaskan bahawa perlembagaan negeri tidak bercanggah dengan
perlembagaan persekutuan.
Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan istimewa orang Melayu,bumiputera
Sabah dan Sarawak.Jaminan ini telah ditetapkan sebelum Sabah dan Sarawak
menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan persekutuan
menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk
membantu pembangunan di Sarawak dan Sabah menyebabkan pembangunan yang pesat berlaku
dalam bidang pendidikan, kesihatan,perkhidmatan pos,telekom dan polis
terutamanya di kawasan pedalaman.
ii. Kepentingan Raja Berperlembagaan
Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak
merdeka sehingga kini.Yang di-pertuan Agong merupakan ketua utama negara.Sistem
ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita. Raja
Berperlembagaan merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di samping
memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyatyang
dinaungi raja.
Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak
istimewa orang Melayu.Yang di-pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi
negeri banginda sendiri,Pulau Pinang,Melaka,Wilayah Persekutuan,Sarawak dan
Sabah.
Yang di-pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana
Menteri.Baginda juga boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah
“Undang-Undang X” jika mendapati keselamatan negara terancam.
iii. Kepentingan Pengasingan Kuasa dalam Pemerintahan
Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu Badan Perundangan,Badan
Pelaksana dan Badan Kehakiman.Ketiga-tiga badan harus dipegang oleh pihak yang
berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. Peranan untuk mengimbangi “check
and balance”. Ia juga dapat mengelakkan penindasan terhadap rakyat dan lebih
menjamin kebebasan rakyat.
Seterusnya dapat melindungi hak asasi rakyat serta mewujudkan kecekapan
pemerintahan. Corak pemerintahan menjadi lebih bersistematik. Pengasingan kuasa
juga dapat mengurangkan bebanan tugas badan pemerintah di negara kita.
Di samping itu pembangunan negara menjadi lebih pantas ke arah globalisasi.
Konsep ini juga dapat menjamin keadilan dan keharmonian negara. Perpaduan dalam
kalangan rakyat bertambah kukuh dan dapat mengelakkan perbalahan antara kaum.Ia
juga dapat mengelakkan salah guna kuasa dalam kalangan badan pemerintah dan
secara tidak langsung dapat mengekalkan kedaulatan negara.
iii. Kepentingan pilihan raya
Kepentingan pilihan raya ialah rakyat
mempunyai hak untuk memilih wakil rakyat. Rakyat dapat menentukan bentuk
kerajaan yang dikehendaki.
Seterusnya penglibatan rakyat dalam politik semasa. Selain itu, ia dapat
membentuk pentadbiran yang sistematik dan mewujudkan keamanan negara.
Secara tidak langsung, ia dapat melindungi hak kebebasan bersuara rakyat dan
menentukan pola politik.
Di samping itu, ia melahirkan warganegara yang bersifat terbuka dan berdisiplin
serta bermoral tinggi. Pilihanraya juga mengiktiraf hak asasi rakyat. Ia juga
dapat mengekalkan perpaduan dan kedaulatan negara.
Proses pilihan raya ini juga menjamin kestabilan politik dan kemakmuran
ekonomi. Kestabilan negara bergantung pada permuafakatan antara rakyat dengan
kerajaan.
Manfaat
Sistem demokrasi berparlimen dapat melahirkan taat
setiarakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih.
Rakyat
juga terlibat dalam menentukan hala tuju politik negara.
Demokrasi berparlimen memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih
pemimpin. Ia menentukan pemimpin yangberkebolehan dan berkualiti.
Rakyat
juga mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan. Pemimpin
yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada
rakyat. Ini membantu ekonomi Negara berkembang maju.
Mengekalkan kestabilan
politik negara. Keadaan ini jugamenarik pelancong dari
luar Negara.
Sistem demokrasi berparlimen dapat mengekalkankedaulatan kerajaan.
Kerajaan juga dipilih oleh rakyat. Sistem ini mengamalkan pengkongsian
kuasa. Ini memastikan pemimpin tidak berkuasa mutlak. Keadaan
ini menjamin masa depan Negara yang lebih baik.
Segala pemasalahan diselesaikan melalui rundingan. Kecekapan
pentadbiran Negara yang sistematik dibentuk.Keamanan dan
keharmonian Negara dikekalkan. Dengan ituperancangan pembangunan kerajaan
mudah diatur.
Di
samping itu kerjasama dalam kalangan masyarakat dapat
ditingkatkan. Keadaan
ini dapat mengurangkan tekananantarabangsa. Sistem ini juga
memperkukuhkan perpaduan. Perpaduan ini menjamin kestabilan
politik yang secara tidak langsung menarik pelaburan asing.
Ia membantu perkembangan industri.
Disebabkan itu pembangunan dan kemajuan Negara menjadi semakin
rancak. Meningkatkan nilai mata wang. Apabila Negara menjadi maju, nama
serta imej Negara meningkat di mata dunia. Dunia juga akan mengiktiraf
kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang. Malaysia menjadi model sistem
pemerintahan untuk negara lain.
Pengetahuan yang
diperoleh:
Sebagai
kesimpulan, negara kita Malaysia mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.Kuasa
pemeritahan di Negara
kita dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan
pelaksanaan, dan
badan kehakiman. Sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat dijalankan
dengan baik dan mantap dengan sokongan padu rakyat.